PERBEZAAN TAKAFUL DAN INSURANS
TAKAFUL
- AKTA - AKTA TAKAFUL 1984
- AKAD - "IJAB DAN
QABUL"
- KONSEP "TABARUK"
SALING BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN (DERMA)
- KANDUNGAN - TABARRU’,
WAKALAH & MUDHARABAH
- DIKAWAL - MAJLIS PENGAWASAN
SYARIAH (MEMASTIKAN SETIAP TRANSAKSI ADALAH MENGIKUT SYARIAH)
INSURANS
- AKTA - AKTA INSURANS 1963
- AKAD JUAL BELI
- KONSEP "JUAL BELI"
MEMAKAN HARTA MANUSIA SECARA BATIL
- KANDUNGAN - RIBA, MAISIR,
GHARAR
- DIKAWAL - MAJLIS PENASIHAT
KONSEP MENINGGALKAN HARTA KEPADA WARIS
Hadis Imam
Bukhari dan Muslim,
Sesungguhnya
meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik dari
meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. Sekiranya kamu
membelanjakan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, kamu tetap
mendapat ganjaran walaupun hanya sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut
isteri kamu,”
PUNCA KERAGUAN UMAT ISLAM UNTUK MENCARUM DI
TAKAFUL ATAU BERTUKAR DARI INSURANS KE TAKAFUL
- Kurang kesedaran perancangan
kewangan islam
- Kurang ilmu berkaitan
takaful
- Tidak faham konsep takaful
mewujudkan derma/sedekah wajib pendapatan setiap bulan (penyucian harta)
- Tidak faham konsep takaful
adalah berniat untuk melangsaikan hutang
- Takut dan ragu-ragu perintah
Allah (ujian orang beriman untuk mencari yang halal)
ALLAH TAHU KELEMAHAN MANUSIA TENTANG HARTA
“Hai orang-orang yang beriman,
janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.
Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(QS. Al-Munaafiqun: 9)