Tuesday, October 11, 2011

KENAPA TAKAFUL PENTING??

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua..

Secara amnya , ramai orang masih belum sedari kepentingan insuran bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang.

Mereka sering berkata "Apa penting nye insuran ni? Ahhhh semua insuran ni penipu..Bila time nak masuk, ramailah agent-agent yang bermulut manis, bile time nak claim semua lari."

Dan paling menyedihkan lagi sampai ada yang mengatakan .."Ah insuran ni..bukannya boleh bawak mati..kalau dapat pampasan pun bukannya aku yang terima..taknak lah aku!"

Dan ada juga yang berkata " Ah..taknak lah aku masuk, insuran ni semua penipu, haram lak tu..bayar dah lah mahal tiap-tiap bulan tapi by the end of the day tak dapat apa-apa pun!"

Sekiranya anda faham dan maksud sebenar objektif insuran ini , anda tidak mudah untuk melemparkan tuduhan-tuduhan palsu sebegitu.

Bagi menjawab tuduhan yang pertama, sebenarnya insuran tidak menipu, sebagai orang yang berfikiran matang anda perlu mengetahui secara jelas mengenai semua terma dan syarat-syarat yang tercatat di dalam polisi anda. Sepatutnya, sebelum anda menandatangani borang permohonan polisi tersebut, anda perlu bertanya kepada agent anda mengenai polisi yang bakal anda ambil bagi mengelakkan salah faham kelak.

Soalan yang boleh anda tanyakan kepada agent anda ialah " Apakah yang di lindungi dalam polisi ini?" dan "Apakah pula yang tidak dilindungi di dalam polisi ini?" "Berapakah bayaran bulanan polisi ini?" "Adakah cas-cas yang tersembunyi sekiranya saya membayar polisi ini?" 'Situasi apakah yang mungkin mendatangkan masalah sekiranya saya ingin membuat tuntutan kelak?" Inilah antara soalan-soalan penting yang perlu ditanya kepada agent anda agar tidak berlaku keraguan di masa depan. Kita sebagai orang yang berilmu perlu memikirkan semua jenis kebarangkalian yang bakal terjadi.

Menjawab tuduhan yang kedua pula, salah satu dari objektif insuran ini adalah menjamin masa depan waris-waris yang ditinggalkan dari bebanan hutang ataupun masalah kewangan.

Memang betul, pembeli polisi tidak akan dapat apa-apa setelah berlakunya kematian pada dirinya. Tapi cuba anda fikirkan? bagaimana pula dengan orang yang kita tinggalkan? Lebih menyedihkan lagi bagaimana pula nasib orang yang kita tinggalkan sekiranya kita mempunyai hutang-piutang yang agak banyak??Bagaimana nasib isteri dan anak2 kita untuk menyambung kehidupan mereka? Cuba sematkan kembali persoalan-persoalan ini pada diri anda. 

Cuba anda fikir-fikirkan?Sekiranya anda mempunyai polisi hayat, sekurang-kurangnya pampasan yang bakal diterima oleh waris-waris anda akan meringankan lagi bebanan mereka? Sekurang-kurangnya dengan wang pampasan yang di bayar oleh pihak insuran kepada waris anda, dapat membantu diri mereka meneruskan hidup sementara waktu? Fikir-fikirkan lah..

Bagi menjawab tuduhan yang terakhir, Insuran dalam Islam adalah dibolehkan..dimana negara kita Malaysia telah menubuhkan beberapa jenis insuran berteraskan Islam dimana terhindar dari konsep riba dan syubhah. Sebagai contoh Takafu Ikhlas merupakan salah satu daripada beberapa syarikat insuran islam yang beroperasi di Malaysia. Antara pelan-pelan yang ditawarkan di dalam ialah berkonsepkan simpanan atau pelaburan. Berbeza dengan syarikat insuran yang lain dimana dengan membuat polisi insurans berasaskan simpanan, wang yang anda bayar tidak disia-siakan...

Malahan anda akan mendapat beberapa manfaat dari simpanan anda tersebut beserta dengan keuntunagn syarikat apabila sijil polisi anda tamat tempoh..Ia diibaratkan sambil menyelam minum air..Sambil anda menyimpan, sambil anda mendapat perlindungan.

Monday, October 10, 2011

APA ITU TAKAFUL

Makna Takaful

Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. 


Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.

* Tiada unsur riba]
* Tiada unsur maisir (judi)
* Tiada unsur gharar
* Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah) 


Konsep Tabbaru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

* Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri


* Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu. 


* Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans. 


* Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
* Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.


* Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat. 


* Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Sysrikst Takaful bukan menjual insurans Islam (Takaful) tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut. 


* Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru') 


* Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil. 


* Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.